Selasa, 26 Mac 2013

Rotary cutter

Asalamualaikum ... Selamat pagi... Dah nak tengah hari rupanya...hehehe... Hari ni saya nak cakap pasal rotary cutter.. Rotary cutter ni digunakan untuk memotong kain dan senang digunakan.. Lebih lebih lagi kalau nak potong kain secara lurus..Kalau bagi peminat quilt, ni lah salah satu tools yang perlu ada..Cuma kalau yang tak biasa lagi guna rotary cutter ni kena berhati-hati.. Takut nanti terpotong jari... Bagi yang dah biasa pun kadang-kadang terlajak jugak..hehehe..
Rotary cutter ni terdapat dlm pelbagai bentuk & saiz.. Ada yg kecil & ada yg besar.. Kalau yg Size 28mm tu untuk potong sehelai kain je.. Size 45mm boleh potong 2 @ 3 helai kain..dan Size 60mm tu untuk potong 4 @ 5 helai & kain yang tebal.. Bagi saya sendiri, saya suka guna yg Size 45mm dan ada butang keselamatan. Coz kadang2 selepas guna kita lupa nak simpan dalam laci @ tempat selamat, anak2 boleh kacau @ main. Dh tekan butang keselamatan tu, diaorang takkan cedera kalau belek2 rotary cutter tu.. Maklumlah, kanak2 ni semua serba nak tahu..huhuhu...
Kat bawah ni saya sertakan gambar pelbagai jenis rotary cutter. Kalau berkenan, boleh order kat saya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen di sini.