Isnin, 9 April 2012

DRESS FOR YOUR LIL GIRL

Cute & sweet dress for sale..
Material: Designer cotton by Micheal Miller
Size: 2y



Jumaat, 6 April 2012

HANDMADE BAGS FOR SALE

Last week I made more handmade bags & this ones are available for sale. All are made from heavy weight cotton with full interfacing & lining.
                    Phoebe Bag
Dimension: (14"X11")


View from inside

Ahad, 11 Mac 2012

Angry Bird Messengger bag

Alhamdulillah...Sempat juga messengger bag tu siap. Dari hari mula peperiksaan my eldest son asyik tanya beg dia dah siap ke? Selepas 3 hari kemudian baru ada kesempatan membuatnya. Sempatlah jugak dia pakai hari terakhir persekolahan sebelum cuti awal pertengahan tahun bermula. Seronok bukan main lagi dia bawa pergi sekolah. Balik dari sekolah je dia cakap, cikgu dia puji beg dia cantik. Cikgu dia tanya beli kat mana, dia jawab mama yang buatkan. Cikgu dia pun nak jugak. Nanti lepas buka sekolah mama buatkan.
Jadi kepada sesiapa nak menempah boleh email @ sms saya.
Harga RM40 untuk saiz 15"X10"X2.5", RM30 untuk saiz 13"X10"X2.5" & RM20 untuk saiz 11"X10"X2.5"


Ahad, 4 Mac 2012

Angry Bird Bagpack

Akhirnya siap juga bagpack for my daughter. Kesian tengok dia pergi kindergarden pakai bag kecik je.. Malas nak belikan dia bag besar, buku dia sikit je.. Membazir duit je.. Lagipun tahun depan dah masuk primary. Nak kena beli bag lain lg.. Finally, buat sendiri je..lagi save.. Lagipun dia nak bag angry bird. Bag angry bird semua besar-besar, untuk primary student. Beli kain corak angry bird dan bahan2, finally siap jugak semalam. Hari ni dia siap pakai pergi sekolah. Bagpack dia siap ada nama lagi..he..he... Abang ngah dia tengok pun berkenan. Cantik, katanya.. Si abang long pulak suruh buatkan untuk dia jugak, warna oren. Padahal diaorang dah ada bag sekolah angry bird.. Lain kali mama buat ye.. mama nak buat bag baby pulak..Kepada sesiapa yang nak menempah pun boleh jugak..Just email @ sms je. Harga bag sekali dengan nama RM30, penghantaran RM7 melalui pos laju. Colour ada warna biru, oren dan maroon seperti gambar.




Sabtu, 3 Mac 2012

Ukuran untuk baju kurung

Saiz xs: bahu 14", dada 39", pinggang 25", punggung 42", panjang tangan 21", labuh baju 38", panjang kain 38"
Saiz s: bahu 15", dada 40", pinggang 26", punggung 42", panjang tangan 21", labuh baju 39", panjang kain 38"
Saiz m: bahu 15.5", dada 42", pinggang 27", punggung 44", panjang tangan 21", labuh baju 40", panjang kain 40"
Saiz L: bahu 16", dada 44", pinggang 28", punggung 46", panjang tangan 21", labuh baju 41",    panjang kain 40"
Saiz XL: bahu 17", dada 46", pinggang 29", punggung 48", panjang tangan 22", labuh baju     41", panjang kain 40"
Semua ukuran dalam inci.

Isnin, 27 Februari 2012

New project: HANDBAG

Good morning everyone! Lama dah tak update my blog. Tengah cari idea nak buat apa. Belek punya belek dan cari kat internet, berkenan dengan kain cotton daripada designer mat salleh. Cantik.. Terus order 2@3 helai. Bila sampai je, otak terus mix and match kain tu. Lepas tu beli bahan-bahan utuk membuatnya. Selepas
 seharian dan semalaman memotong & menjahit akhirnya siap juga. So, kepada sesiapa yang berkenan boleh sms @ email saya. Harga RM50, pos  RM7. Inilah hasilnya..Kat dalam ada satu poket berzip & 2 poket untuk letak handphone @ note book kecil.
Size: 12"X7"X2"
Strap: 20"


Jumaat, 3 Februari 2012

Jom tempah baju kurung

Hari berganti hari, tak terasa waktu terlalu cepat berlalu..Dan tak lama lagi akan tiba bulan syawal. Kedai jahit kebiasaannya tidak akan menerima tempahan lagi selepas bulan Mei. Jadi kepada sesiapa yang ingin menempah baju silalah tempah sekarang. Buat masa sekarang saya hanya menerima tempahan bagi baju kurung saja. Upah jahit untuk baju kurung dewasa ialah RM30 sepasang. Untuk 3 pasang @ lebih, upahnya RM25 sepasang. Baju kurung kanak-kanak pula RM18 sepasang. Bagi 3 pasang @ lebih, upahnya RM15 sepasang.
Contoh baju yang dah siap:
Baju kurung pesak gantung

 Baju kurung moden

Baju kurung kanak-kanak